AYAT GERAK

QARI PERAK JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN 2009


Tahniah dan syabas diucapkankan kepada Qari dari negeri perak iaitu adik Amir naufal Rifqi Mohd Rashid yang mewakili Negeri Perak kerana telah menjadi johan Qari tilawah Al quran KAFA peringkat kebangsaan tahun 2009. Beliau yang menuntut di SRAR an-Naqliah, Gelung Pepuyu, Bota Perak ditabalkan sebagai johan qari mengalahkan 13 peserta yang yang lain pada pertandingan yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 19-22 nov 2009 di mana majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Senator Dato`Dr mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato`Wan Mohamad Sheikh Abdul aziz.Bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nur Fareezah Saharudddin dari Sabah.
Peserta dari Kedah, Ibrahim Idham Suhami pula muncul naib johan, manakala tempat ketiga ialah Muhammad Afif Rosly.
Naib johan kategori perempuan pula dimenangi oleh Ummi Radhwa Mohd. Zulkifli dari Johor, manakala tempat ketiga, Nor Azahara Azman (Kelantan).
Kedah pula muncul johan keseluruhan majlis tilawah itu.
Setiap penyandang johan tilawah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan tempat ketiga RM600.