AYAT GERAK

Duit Raya Guru KAFA Perak 2010

Berita berkenaan duit raya yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada guru KAFA seluruh Negeri Perak sedang hangat diperkatakan. Ramai yang membuat pelbagai andaian berkenaan duit raya yang akan diberikan. Mengikut maklumat, Kerajaan Negeri Perak akan memberikan duit raya berjumlah RM 200  kepada setiap guru KAFA di Negeri Perak. Ini berikutan bonus yang diterima oleh penjawat awam. Ada beberapa daerah yang sudah bermesyuarat untuk perjalanan program pemberian tersebut. Difahamkan duit raya tersebut akan diberikan secara "Tunai" melalui penyelia KAFA daerah masing-masing selepas diadakan satu program rasmi dan perjumpaan oleh pihak-pihak yang berwajib. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah berlaku selama ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa perihatin kepada guru KAFA. Semoga perkara seperti ini berterusan pada setiap tahun sebagai bukti keperihatinan pihak Kerajaan Negeri terhadap guru KAFA dan peranan pegawai dan anggota Bahagian Pedidikan, JAIPk yang bekerja keras mengumpul dan menguruskan segala maklumat yang diperlukan oleh pihak Kewangan Negeri bagi memastikan imbuhan berkenaan disalurkan kepada setiap Guru.