AYAT GERAK

DASAR KERAJAAN

Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain ( KAFA ) mula dilaksanakan pada tahun 1990 hasil daripada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Januari 1989 dan kemudian diluluskan pelaksanaannya oleh mesyuarat jemaah menteri pada 13 September 1989.

Dasar pelaksanaan KAFA sebagimana diputuskan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan dipersetujui oleh Kabinet ialah dilaksanakan oleh negeri-negeri manakala kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan kewangan yang secukupnya bertujuan membantu negeri-negeri dalam melaksanakan program – program KAFA bagi membasmi buta al-Quran diseluruh negara.
OBJEKTIF
·         Mewujudkan suatu system kelas pengajian al-Quran dan fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Negara ;
·         Memastikan semua kanak-kanak di Negara ini yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun ( satu – enam ) dapat membaca al-Quran dengan betul dan dapat mempelajari serta mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardhu kepada seseorang Islam seperti Fiqh, Tauhid, Sirah, Akhlak, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab ;
·         memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan murid-murid di sekolah tersebut mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan Islam, khususnya kemahiran dalam pembacaan al-Quran dan beramal dengan perkara-perkara yang fardhu.
KONSEP
Program KAFA adalah:-
berkonsepkan Pendidikan Agama Peringkat Rendah bagi menyokong dan memperkukuhkan pendidikan Islam yang dilaksanakan di bawah sisitem pendidikan kebangsaan dengan memberi penekanan dan tumpuan kepada amali dan kemahiran membaca al-Quran mengikut tajwid disamping memberi kemahiran dalam penulisan dan pembacaan jawi