UJIAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2010 SMAN
Sekolah Menengah Izzudin Shah (SIS)
Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah (SISTA)
Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA)
Tarikh : 12 September 2009/22 Ramadhan 1430
Masa : 9.00 Pagi-1.00 Petang
Tempat : Maahad Tarbiah Islamiah Bt 8 Trong (MTI)
*bagi daerah Larut Matang dan Selama Sahaja
Kelebihan bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Sejarah daerah Taiping
KAWASAN induk kerajaan Perak terletak di bahagian muara Sungai Perak. Maka di kawasan itulah dahulu Raja-raja Perak bersemayam. Perak, seperti kerajaan-kerajaan Melayu lain, juga terdiri daripada beberapa jajahan takluk. Di utara, Sungai Krian menjadi rebutan di antara Perak dengan Kedah; di selatan, Sungai Bernam menjadi rebutan, di antara Perak dengan Selangor. Sungai Larut juga merupakan jajahan takluk negeri Perak. Terletak jauh dari Hilir Perak, Larut, sehingga awal kurun ke 19, tidaklah termasyhur,
Umum mengetahui bahawa kemudian Long Ja'afar membuka lombong bijih timah di Larut. Menurut catatan-catatan yang sedia ada, bijih timah buat kali pertama dieksport dari Larut pada 1844. Sebelum itu bijih timah lebih banyak dikerjakan di kawasan Hilir Perak dan Bidor. Long Ja'afar berasal daripada keluarga berketurunan Aceh; bapa saudaranya (Alang Allaidin) memegang jawatan Datuk Panglima Bukit Gantang. Long Ja'afar berkahwin dengan sepupunya Ngah Pura, anak Alang Allaidin.
Kejayaan lombongnya merapatkan hubungan di antara Long Ja'afar dengan saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang kerana bijih timah Larut dijual kepada saudagar-saudagar Pulau Pinang. Akibatnya Long Ja'afar mengupah orang Cina untuk mengerjakan lombong di Larut. Pada pertengahan kurun ke 19, orang Cina mulai menetap di Asam Kumbang, Kelian Pauh dan Kelian Baru.
Golongan pertama orang Cina yang datang ke Kelian Pauh diketuai oleh Law Sam; hubungannya dengan Long Ja'afar amatlah erat. Sehingga masa Ngah Ibrahim (anak Long Ja'afar), Law Sam dianggap sebagai ketua orang Cina walaupun di kalangan orang Cina yang terdiri daripada beberapa suku, pengaruhnya adalah terhad kepada mereka yang sesuku dengannya.
Pelombong-pelombong masa itu menggunakan Sungai Larut untuk masuk ke kawasan perlombongan. Dalam perjalanan ke kawasan pendalaman kampung-kampung yang penting ialah Matang, Simpang, Kota, Kelian Pauh, Kelian Baru dan Kamunting. Jajahan Larut itu menjadi semakin penting apabila permintaan untuk bijih timah meningkat naik akibat perkembangan perusahaan papan timah
Pada peringkat inilah, Long Ja'afar mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukannya di Larut yang menjadi pegangan bapa mertuanya. Long Ja'afar berjaya memujuk Sultan Shahabuddin (1831-1851) supaya memberikan Jajahan Larut kepadanya sebagai pegangan. Ini dilakukan dengan pemberian surat kuasa bertarikh 6 November 1850. Pada masa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Syah (1851-1857), perselisihan berlaku di Perak; kedudukan baginda dicabar oleh Raja Muda Ngah Ja'afar yang lebih berpengaruh. Daripada Raja Ja'afar, Long Ja'afar mendapatkan surat kuasa baru yang bertarikh 8 November 1856.
Setelah Sultan Abdullah mangkat pada 1857, Raja Ja'afar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Perak. Lebih kurang pada masa ini juga Long Ja'afar telah meninggal; anaknya, Ngah Ibrahim, menjadi warisnya dan seterusnya menjalankan pentadbiran di Jajahan Larut dibantu oleh Ngah Lamat, saudara pada Long Ja'afar. Ngah Ibrahim diberi surat kuasa baru bertarikh 24 Mei 1858.
Ngah Ibrahim tinggal di Permatang (Matang), Ngah Lamat di Kota (dengan Kubang Buaya sebagai pegangannya). Pentadbiran keluarga Long Ja'afar di Larut adalah bercorak baru. Untuk membolehkan pihak yang berkuasa menjalankan pentadbiran dengan berkesan maka diadakan pegawai-pegawai dengan tugasnya masingmasing. Setelah Long Ja'afar meninggal, seorang ulama dari Minangkabau, Sheikh Muhammad Taib, dilantik untuk menguruskan pentadbiran. Beliau dibantu oleh Abdul Jabbar. Pada bulan Oktober 1862, Sheikh Muhammad Taib meninggalkan Larut untuk berkhidmat di Pahang. Pada awal tahun 1870 an beliau terlibat dalam Perang Kelang dan menetap di Selangor.
Tugas utama Sheikh Muhammad Taib, di Larut, adalah sebagai Hakim dan Magistret. Ini adalah sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ulama. Bila beliau meninggalkan Larut (pada 1862) beliau diganti oleh Abdul Jabbar. Terdapat juga seorang Bendahari (Pandak Leman). Dan di Kota telah didirikan sebuah Balai dengan mata-mata yang diketuai oleh seorang Jemadar. Gelaran Jemadar ini adalah berasaskan sistem yang wujud di India pada masa itu. Ngah Ibrahim juga mempunyai seorang kerani.
Ngah lbrahim telah dianugerahkan gelaran Orang Kaya-kaya Menteri Perak pada 23 Oktober 1863. Tetapi pada masa pentadbirannya, pergolakan politik sentiasa berlaku di Larut dan di Perak
Dalam kebanyakan buku mengenai sejarah Perak memang ada disebutkan kongsi gelap Hai San dan Ghi Hin. Hai San (dua orang ketuanya yang berpengaruh ialah Law Sam dan Chung Ah Kwee) terdiri daripada suku Chen Sang; anggota-anggota Ghi Hin adalah suku Fui Chiu. Kongsi gelap bukanlah faktor yang mengakibatkan kekacauan; kongsi gelap adalah seperti angkatan tentera yang bertindak apabila timbul keadaan cemas. Pergaduhan berlaku kerana hubungan tradisi di antara dua suku Hakka itu memang renggang.
Pergaduhan berlaku sekali lagi pada 1865 yang membawa kepada rusuhan dan mengakibatkan kematian ramai orang Fui Chiu kerana bilangan mereka lebih kecil; tambahan pula, sejak zaman Long Ja'afar lagi telah terjalin persahabatan di antara keluarga Long Ja'afar dengan pemimpin-pemimpin suku Chen Sang. Segala harta benda dan bijih timah kepunyaan suku Fui Chiu telah dirampas. Orang Fui Chiu melarikan diri dan meninggalkan Kelian Baru dan sejak itu tidak lagi kembali ke Kelian Baru untuk mengerjakan lombong. Ramai berhijrah ke Kuala Lumpur di mana bilangan terbesar orang Cina terdiri daripada suku Fui Chiu.
Dalam tahun-tahun yang berikut orang Cina daripada suku-suku lain tiba di Kelian Baru untuk mengerjakan lombong. Mereka ini berasal dari daerah San Neng (wilayah Kwangtung). Seperti keadaan yang lebih awal mereka datang ke Larut melalui Pulau Pinang. Mereka juga mempunyai kongsi gelap yang tersendiri yang diberi nama Ho Hup Seah; pertubuhan ini bertalian erat dengan Ghi Hin. Walaupun pada awal tahun 1870 telah ramai suku San Neng di Larut, bilangan mereka (dalam lingkungan 2,000) masih kecil berbanding dengan bilangan Chen Sang yang berjumlah lebih kurang 10,000 pada ketika itu.
Orang Cina di Larut mempunyai hubungan erat dengan orang Cina di Pulau Pinang kerana perdagangan. Biasanya, modal yang diperlukan untuk mengerjakan lombong dikeluarkan oleh saudagar di Pulau Pinang; hasil lombong kernudian dihantar ke saudagar di Pulau Pinang setelah dilebur atau sebelumnya. Dari Pulau Pinang, bijih timah dieksport ke Singapura untuk dijual kepada pasaran dunia.
Golongan Chen Sang di Larut mengadakan hubungan perniagaan dengan saudagar Hokkien peranakan di Pulau Pinang; saudagar Hokkien peranakan mempunyai kongsi gelap yang dikenali sebagai Toa Pek Kong. Ho Hup Yeah di Larut bertalian erat dengan Ho Hup Yeah di Pulau Pinang dan Ho Hiap Seah dengan Ghi Hin adalah seperti saudara kandung.
Pada 1872 sekali lagi pergaduhan berlaku di Larut. Ini disebabkan oleh keangkuhan pihak Chen Sang yang begitu ramai, justeru itu begitu kuat, di Larut. Ho Hup Seah dengan sendirinya tidak berdaya menentang Hai San. Oleh yang demikian pihak Ghi Hin di Trong dan Province Wellesley telah melibatkan diri membantu Ho Hup Seah. Ghi Hin yang tersebut itu terdiri daripada suku Teochiu, kebanyakannya menetap di kawasan pantai Perak yang berhampiran dengan Pulau Pinang, juga di Province Wellesley di mana mereka mengusahakan tanaman tebu. Kedudukan mereka di kawasan pantai itu membolehkan mereka menyekat jalan ke Pulau Pinang. Ini mengakibatkan terputusnya hubungan pelombong Chen Sang di Larut dengan saudagar Hokkien (Toa Pek Kong) di Pulau Pinang. Tambahan pula, dengan kekuatan mereka di laut, pihak Ghi Hin dapat menyerang pihak Hai San di muara Sungai Larut. Dari muara sungai pernah suatu kumpulan Ghi Hin (berjumlah 1,000 orang) menyerang pihak Hai San di Kelian Pauh.
Akibat campur tangan pihak Ghi Hin, kongsi gelap yang terdiri daripada orang Hokkien, iaitu Toa Pek Kong dan satu lagi yang bernama Ho Seng telah membantu Hai San. Yang menjadikan kedudukan lebih buruk lagi ialah keterlibatan pembesar-pembesar Melayu. Ngah Ibrahim sememangnya rapat dengan pihak Hai San. Tetapi, selepas kemangkatan Sultan Ali (1865 - 1871), Raja Muda Abdullah telah diketepikan dan Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai Yang Dipertuan yang baru. Ngah Ibrahim adalah di antara pembesar yang melantik Raja Ismail.
Ngah Ibrahim tidak menyokong Raja Abdullah kerana takut Raja Abdullah akan mendesak supaya sebahagian besar hasil Larut diserahkan kepadanya. Akibatnya, Raja Abdullah cuba meminta bantuan daripada berbagai pihak, terutamanya saudagar-saudagar dari Singapura. Di Perak, Raja Abdullah memberi sokongan kepada pihak Ghi Hin dan Ho Hup Seah. Kemudian, melalui saudagarsaudagar Singapura, Raja Abdullah telah berjanji dengan Gabernor baru (Sir Andrew Clarke) bahawa beliau sanggup menerima seorang Residen atau Pegawai British jika sekiranya British dapat membantunya menaiki takhta.
Maka Perjanjian Pangkor ditandatangani pada bulan Januari 1874. Kekacauan di Larut tamat. Pihak British mulai menyusun kembali pentadbiran Larut. Tugas itu diserahkan kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen. Residen British yang pertama J.W.W. Birch memilih Bandar Baru, di Hilir Perak, sebagai pusat pentadbiran. Dengan menyusun kembali pentadbiran di Larut, pihak British telah juga memberikan nama baru kepada Kelian Pauh - TAIPING, yang bererti 'Kedamaian Luhur' bersempena dengan tamatnya kekacauan di Larut.