PATpg/KAFA/5
24hbApril 2009
28 Rabiulakhir 1430H
Pegawai Penerangan,
Larut Matang & Selama,
Tingkat 4, Wisma Persekutuan.
Tuan,
MEMOHON PENGGUNAAN SIARAYA UNTUK MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT DAERAH LARUT & MATANG 2009
_________________________________________________________________________________
Dengan segala hrmatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, majlis tersebut akan di adakan pada 23hb. Mei 2009 (Sabtu) bertempat di SRAR Ar-Rahmaniah Kg. Simpang 4, Anak Kurau, Batu Kurau mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Acara pertandingan yang diadakan ialah Tilawah, Hafazan, Bercerita, Nasyid dan Seni Khat.
3. Suhubungan dengan itu, pihak kami memohon sebanyak 2 unit siaraya untuk majlis tersebut.
4. Kerjasama dan kelulusan dari pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
( HJ. MUSTAPA B. HJ. JAAFAR, PPT )
Pegawai Tadbir Agama
Daerah Taiping,
Merangkap Pengerusi Majlis Ihtifal.
s.k - Fail Timbul.