AYAT GERAK

ELAUN GURU KAFA PERAK 2010

Bajet Perak 2010 yang dibentangkan Menteri Besar Perak memberi sedikit impak kepada warga KAFA Negeri Perak. Ia meliputi kenaikan alaun guru KAFA daripada RM 75.00 kepada RM 200.00 membabitkan peruntukan RM4.68 juta untuk 3,120 guru KAFA diseluruh Negeri Perak. Ini bermakna guru KAFA negeri Perak menerima elaun RM700.00 sebulan apabila ditambah dengan elaun tetap RM500.00 yang di terima dari Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysian yang diuruskan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak.