AYAT GERAK

QARI PERAK JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN 2009


Tahniah dan syabas diucapkankan kepada Qari dari negeri perak iaitu adik Amir naufal Rifqi Mohd Rashid yang mewakili Negeri Perak kerana telah menjadi johan Qari tilawah Al quran KAFA peringkat kebangsaan tahun 2009. Beliau yang menuntut di SRAR an-Naqliah, Gelung Pepuyu, Bota Perak ditabalkan sebagai johan qari mengalahkan 13 peserta yang yang lain pada pertandingan yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 19-22 nov 2009 di mana majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Senator Dato`Dr mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato`Wan Mohamad Sheikh Abdul aziz.Bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nur Fareezah Saharudddin dari Sabah.
Peserta dari Kedah, Ibrahim Idham Suhami pula muncul naib johan, manakala tempat ketiga ialah Muhammad Afif Rosly.
Naib johan kategori perempuan pula dimenangi oleh Ummi Radhwa Mohd. Zulkifli dari Johor, manakala tempat ketiga, Nor Azahara Azman (Kelantan).
Kedah pula muncul johan keseluruhan majlis tilawah itu.
Setiap penyandang johan tilawah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan tempat ketiga RM600.

Pendekatan tambahan perkasakan KAFA

sumber : Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 22 Nov. - Kerajaan akan mencari pendekatan tambahan untuk memperkasakan program Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, ini bagi membolehkan program itu menjadi alternatif pendidikan Islam di peringkat rendah yang lebih berkualiti.
''Pada masa ini, kita melihat permintaan terhadap program KAFA memang cukup banyak, tetapi kita tidak dapat memenuhi semuanya.
''Jadi, kita harap guru-guru KAFA yang dihantar ke sekolah-sekolah akan mendapat kerjasama kerana ada sekolah yang tidak memberikan kelengkapan secukupnya,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Tilawah dan Khatam al-Quran Murid-Murid KAFA Peringkat Kebangsaan 2009 di Masjid Putra di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz.
Menurut Mashitah, kerajaan berharap kerajaan-kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri dapat mempertingkatkan kemudahan kelas KAFA bagi memberikan keselesaan kepada murid-murid.
''Majlis Agama Islam negeri-negeri juga diharap dapat membantu kelas-kelas KAFA dengan menyalurkan sumbangan yang bersesuaian,'' katanya.
Beliau berkata, program KAFA lebih berfungsi apabila semua pihak yang terlibat melaksanakannya dengan cekap melalui perancangan strategik, tersusun dan istiqamah.
Dalam hal ini, katanya, program KAFA terbukti berkesan apabila keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh negara mengalami peningkatan setiap tahun.
Menurutnya, tahun lalu, sebanyak 99.94 peratus pelajar lulus ujian tersebut dengan tilawah mencatatkan sebanyak 87 peratus, manakala hafazan sebanyak 94.3 peratus.
''Saya berharap Jakim akan dapat menyelaraskan dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan anak-anak kita tidak ketinggalan dalam menerima pendidikan Islam yang kita laksanakan pada masa ini,'' katanya.
Terdahulu, kira-kira 500 pelajar KAFA dari seluruh negara menyertai program khatam al-Quran yang pertama kali dianjurkan oleh Jakim.
Bagi majlis tilawah pula, peserta dari Perak, Amir Naufal Mohd. Rashid muncul sebagai johan, manakala kategori perempuan dimenangi oleh Nur Fareezah Saharudddin dari Sabah.
Peserta dari Kedah, Ibrahim Idham Suhami pula muncul naib johan, manakala tempat ketiga ialah Muhammad Afif Rosly.
Naib johan kategori perempuan pula dimenangi oleh Ummi Radhwa Mohd. Zulkifli dari Johor, manakala tempat ketiga, Nor Azahara Azman (Kelantan).
Kedah pula muncul johan keseluruhan majlis tilawah itu.
Setiap penyandang johan tilawah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan tempat ketiga RM600.