Mesyuarat Jawatankuasa KAFA peringkat Negeri Perak kali ke-2 2010 bermesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak merangkap Dato` Sheikh Mohamah Nor Mansor Al- Hafiz selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan KAFA peringkat Negeri Perak. Antara perkara yang dibingcangkan ialah tidak melantik guru KAFA berjawatan selain dari guru KAFA yang menerima imbuhan atau elaun tetap bulanan dari Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat dan yang memerlukanya bertugas dan menggangu ketika sesi P&P berjalan. Keputusan ini diputuskan di dalam mesyuarat tersebut berikutan terdapat aduan dimana segelintir guru KAFA yang menjalankan tugas lain selain guru KAFA sewaktu proses P&P sedang berjalan.
Sebagai contoh, seorang guru KAFA yang berjawatan Imam atau Bilal lantikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) yang menerima bayaran tetap berupa imbuhan atau elaun dari kerajaan Negeri mahupun Pusat terpaksa meninggalkan sekolah kerana bertugas sebagai seorang Imam dan Bilal di sesebuah masjid pada setiap kali guru terbsebut bertugas. Hal ini akan menggangu komitmen guru tersebut ketika sesi P&P. Oleh yang demikian, keputusan mesyuarat tersebut tidak akan melantik dan mensyaratkan seorang guru KAFA itu tidak boleh berjawatan selain guru KAFA dan hanya melibatkan perjawatan seperti yang dinyatankan. Keputusan ini akan berkuatkuasa bermula sesi persekolahan 2011.