AYAT GERAK

8 Makanan Terbaik Di Dunia

Gabungan 8 Makanan Sunnah Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis

Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap 8 Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.
  • 1 DELIMA
  • Saidina Ali berkata : "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

  • 2 KURMA
  • Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

  • 3 ZAITUN
  • Rasulullah bersabda : "Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

  • 4 ZA'FARAN
  • Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

  • 5 BUAH TIIN
  • Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

  • 6 HABBATUS SAUDA'
  • Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

  • 7 MADU
  • Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : "Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu"

  • 8 KISMIS
  • Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut".

KURSUS GURU KAFA NEGERI PERAK




JADUAL KURSUS UNTUK GURU KAFA NEGERI PERAK AKAN DISIARKAN TIDAK LAMA LAGI

TEMUDUGA GURU KAFA DAERAH TAIPING

Tahniah dan Syabas kepada Guru-Guru KAFA baru yang dilantik bagi daerah Taiping. Semoga dapat menjalankan tugas dengan amanah

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada semua pelayar KAFA daerah Taiping

QARI PERAK JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN 2009


Tahniah dan syabas diucapkankan kepada Qari dari negeri perak iaitu adik Amir naufal Rifqi Mohd Rashid yang mewakili Negeri Perak kerana telah menjadi johan Qari tilawah Al quran KAFA peringkat kebangsaan tahun 2009. Beliau yang menuntut di SRAR an-Naqliah, Gelung Pepuyu, Bota Perak ditabalkan sebagai johan qari mengalahkan 13 peserta yang yang lain pada pertandingan yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 19-22 nov 2009 di mana majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Senator Dato`Dr mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato`Wan Mohamad Sheikh Abdul aziz.Bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nur Fareezah Saharudddin dari Sabah.
Peserta dari Kedah, Ibrahim Idham Suhami pula muncul naib johan, manakala tempat ketiga ialah Muhammad Afif Rosly.
Naib johan kategori perempuan pula dimenangi oleh Ummi Radhwa Mohd. Zulkifli dari Johor, manakala tempat ketiga, Nor Azahara Azman (Kelantan).
Kedah pula muncul johan keseluruhan majlis tilawah itu.
Setiap penyandang johan tilawah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan tempat ketiga RM600.

Pendekatan tambahan perkasakan KAFA

sumber : Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 22 Nov. - Kerajaan akan mencari pendekatan tambahan untuk memperkasakan program Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, ini bagi membolehkan program itu menjadi alternatif pendidikan Islam di peringkat rendah yang lebih berkualiti.
''Pada masa ini, kita melihat permintaan terhadap program KAFA memang cukup banyak, tetapi kita tidak dapat memenuhi semuanya.
''Jadi, kita harap guru-guru KAFA yang dihantar ke sekolah-sekolah akan mendapat kerjasama kerana ada sekolah yang tidak memberikan kelengkapan secukupnya,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Tilawah dan Khatam al-Quran Murid-Murid KAFA Peringkat Kebangsaan 2009 di Masjid Putra di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz.
Menurut Mashitah, kerajaan berharap kerajaan-kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri dapat mempertingkatkan kemudahan kelas KAFA bagi memberikan keselesaan kepada murid-murid.
''Majlis Agama Islam negeri-negeri juga diharap dapat membantu kelas-kelas KAFA dengan menyalurkan sumbangan yang bersesuaian,'' katanya.
Beliau berkata, program KAFA lebih berfungsi apabila semua pihak yang terlibat melaksanakannya dengan cekap melalui perancangan strategik, tersusun dan istiqamah.
Dalam hal ini, katanya, program KAFA terbukti berkesan apabila keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh negara mengalami peningkatan setiap tahun.
Menurutnya, tahun lalu, sebanyak 99.94 peratus pelajar lulus ujian tersebut dengan tilawah mencatatkan sebanyak 87 peratus, manakala hafazan sebanyak 94.3 peratus.
''Saya berharap Jakim akan dapat menyelaraskan dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan anak-anak kita tidak ketinggalan dalam menerima pendidikan Islam yang kita laksanakan pada masa ini,'' katanya.
Terdahulu, kira-kira 500 pelajar KAFA dari seluruh negara menyertai program khatam al-Quran yang pertama kali dianjurkan oleh Jakim.
Bagi majlis tilawah pula, peserta dari Perak, Amir Naufal Mohd. Rashid muncul sebagai johan, manakala kategori perempuan dimenangi oleh Nur Fareezah Saharudddin dari Sabah.
Peserta dari Kedah, Ibrahim Idham Suhami pula muncul naib johan, manakala tempat ketiga ialah Muhammad Afif Rosly.
Naib johan kategori perempuan pula dimenangi oleh Ummi Radhwa Mohd. Zulkifli dari Johor, manakala tempat ketiga, Nor Azahara Azman (Kelantan).
Kedah pula muncul johan keseluruhan majlis tilawah itu.
Setiap penyandang johan tilawah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan tempat ketiga RM600.

SYABAS DAN TAHNIAH

Syabas dan tahniah kepada