AYAT GERAK

Selamat Datang ke KAFA INTEGRASI DAERAH TAIPING

Laman web ini telah dikemaskini.Sekiranya terdapat kesilapan yang dipaparkan anda boleh memberi komen pada komen tersedia. Layarilah berita semasa 2011.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru 2011. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun lepas.insyallah.

LARANGAN DUA JAWATAN BAGI GURU KAFA

Mesyuarat Jawatankuasa KAFA peringkat Negeri Perak kali ke-2 2010 bermesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak merangkap Dato` Sheikh Mohamah Nor Mansor Al- Hafiz selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan KAFA peringkat Negeri Perak. Antara perkara yang dibingcangkan ialah tidak melantik guru KAFA berjawatan selain dari guru KAFA yang menerima imbuhan atau elaun tetap bulanan dari Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat dan yang memerlukanya bertugas dan menggangu ketika sesi P&P berjalan. Keputusan ini diputuskan di dalam mesyuarat tersebut berikutan terdapat aduan dimana segelintir guru KAFA yang menjalankan tugas lain selain guru KAFA sewaktu proses P&P sedang berjalan.

Sebagai contoh, seorang guru KAFA yang berjawatan Imam atau Bilal lantikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) yang menerima bayaran tetap berupa imbuhan atau elaun dari kerajaan Negeri mahupun Pusat terpaksa meninggalkan sekolah kerana bertugas sebagai seorang Imam dan Bilal di sesebuah masjid pada setiap kali guru terbsebut bertugas. Hal ini akan menggangu komitmen guru tersebut ketika sesi P&P. Oleh yang demikian, keputusan mesyuarat tersebut tidak akan melantik dan mensyaratkan seorang guru KAFA itu tidak boleh berjawatan selain guru KAFA dan  hanya melibatkan perjawatan seperti yang dinyatankan. Keputusan ini akan berkuatkuasa bermula sesi persekolahan 2011.

Bantuan Pengurusan/PERKAPITA Kerajaan Persekutuan 2010

Dimaklumkan bahawa Bantuan Penngurusan/PERKAPITA Kerajaan Persekutuan telah dimasukan ke akaun sekolah masing-masing. Mohon setiap sekolah untuk menyemak bantuan tersebut pada akaun sekolah masing-masing dan memaklumkan kepada Penyelia KAFA Daerah untuk tindakan selanjutnya..

Tambahan Elaun Guru KAFA 2011

Tahniah kepada semua Guru KAFA di Malaysia khususnya di Negeri Perak diatas penmbahan elaun Guru KAFA dari RM 500 ke RM 800 pada belanjawan 2011. Moga dengan tambahan elaun berkenaan akan meningkatkan lagi semangat dan produktiviti dalam mendidik anak bangsa kearah mukmin yang berkualiti.

Duit Raya Guru KAFA Perak 2010

Berita berkenaan duit raya yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada guru KAFA seluruh Negeri Perak sedang hangat diperkatakan. Ramai yang membuat pelbagai andaian berkenaan duit raya yang akan diberikan. Mengikut maklumat, Kerajaan Negeri Perak akan memberikan duit raya berjumlah RM 200  kepada setiap guru KAFA di Negeri Perak. Ini berikutan bonus yang diterima oleh penjawat awam. Ada beberapa daerah yang sudah bermesyuarat untuk perjalanan program pemberian tersebut. Difahamkan duit raya tersebut akan diberikan secara "Tunai" melalui penyelia KAFA daerah masing-masing selepas diadakan satu program rasmi dan perjumpaan oleh pihak-pihak yang berwajib. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah berlaku selama ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa perihatin kepada guru KAFA. Semoga perkara seperti ini berterusan pada setiap tahun sebagai bukti keperihatinan pihak Kerajaan Negeri terhadap guru KAFA dan peranan pegawai dan anggota Bahagian Pedidikan, JAIPk yang bekerja keras mengumpul dan menguruskan segala maklumat yang diperlukan oleh pihak Kewangan Negeri bagi memastikan imbuhan berkenaan disalurkan kepada setiap Guru.  

SOALAN MENGUJI MINDA

Ahmad meminjam wang sebanyak RM50 dari bapanya, kemudian dia meminjam RM50 pula dengan ibunya menjadikan jumlah duitnya ialah RM100.
Ahmad pun membeli sepasang kasut  untuk bersukan degan harga RM97. Kemudian baki wang ahmad sekarang ialah RM3. ahmad pun membayar hutang RM1 kepada bapanya dan RM1 lagi kepada ibunya dan RM1 dia menyimpan untuk membeli aiskrim..
sekarang ahmad berhutang RM49 dengan bapanya dan RM49 dengan ibunya..
RM49 + RM49 = RM98..
persoalannya.. ahmad membeli aiskrim degan baki RM1 dia..
dimana lagi RM1?

fikir-fikirkan??