AYAT GERAK

Bantuan Pengurusan/PERKAPITA Kerajaan Persekutuan 2010

Dimaklumkan bahawa Bantuan Penngurusan/PERKAPITA Kerajaan Persekutuan telah dimasukan ke akaun sekolah masing-masing. Mohon setiap sekolah untuk menyemak bantuan tersebut pada akaun sekolah masing-masing dan memaklumkan kepada Penyelia KAFA Daerah untuk tindakan selanjutnya..

Tambahan Elaun Guru KAFA 2011

Tahniah kepada semua Guru KAFA di Malaysia khususnya di Negeri Perak diatas penmbahan elaun Guru KAFA dari RM 500 ke RM 800 pada belanjawan 2011. Moga dengan tambahan elaun berkenaan akan meningkatkan lagi semangat dan produktiviti dalam mendidik anak bangsa kearah mukmin yang berkualiti.

Duit Raya Guru KAFA Perak 2010

Berita berkenaan duit raya yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada guru KAFA seluruh Negeri Perak sedang hangat diperkatakan. Ramai yang membuat pelbagai andaian berkenaan duit raya yang akan diberikan. Mengikut maklumat, Kerajaan Negeri Perak akan memberikan duit raya berjumlah RM 200  kepada setiap guru KAFA di Negeri Perak. Ini berikutan bonus yang diterima oleh penjawat awam. Ada beberapa daerah yang sudah bermesyuarat untuk perjalanan program pemberian tersebut. Difahamkan duit raya tersebut akan diberikan secara "Tunai" melalui penyelia KAFA daerah masing-masing selepas diadakan satu program rasmi dan perjumpaan oleh pihak-pihak yang berwajib. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah berlaku selama ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa perihatin kepada guru KAFA. Semoga perkara seperti ini berterusan pada setiap tahun sebagai bukti keperihatinan pihak Kerajaan Negeri terhadap guru KAFA dan peranan pegawai dan anggota Bahagian Pedidikan, JAIPk yang bekerja keras mengumpul dan menguruskan segala maklumat yang diperlukan oleh pihak Kewangan Negeri bagi memastikan imbuhan berkenaan disalurkan kepada setiap Guru.  

SOALAN MENGUJI MINDA

Ahmad meminjam wang sebanyak RM50 dari bapanya, kemudian dia meminjam RM50 pula dengan ibunya menjadikan jumlah duitnya ialah RM100.
Ahmad pun membeli sepasang kasut  untuk bersukan degan harga RM97. Kemudian baki wang ahmad sekarang ialah RM3. ahmad pun membayar hutang RM1 kepada bapanya dan RM1 lagi kepada ibunya dan RM1 dia menyimpan untuk membeli aiskrim..
sekarang ahmad berhutang RM49 dengan bapanya dan RM49 dengan ibunya..
RM49 + RM49 = RM98..
persoalannya.. ahmad membeli aiskrim degan baki RM1 dia..
dimana lagi RM1?

fikir-fikirkan??

BORANG UJIAN KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEK MEN AGAMA KERAJAAN NEGERI SESI 2011
PENJUALAN BORANG DIBUKA SEKARANG
TARIKH TUTUP PADA 31 JULAI 2010
SERTAKAN WANG POS BERNILAI RM 7.00
BAYARAN DIBUAT ATAS NAMA : MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK

BORANG BOLEH DIDAPATI DI  :
TINGKAT 7, BAHAGIAN PENDIDIKAN,JAIPK
PEJABAT AGAMA DAERAH
SEKOLAH IZZUDIN SHAH, IPOH
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
SEKOLAH RAJA DR NAZRIN SHAH, IPOH

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
05-2084909,05-2084903
(BAHAGIAN PENDIDIKAN,JAIPK)

Ujian Penilaian Kelas Kafa setanding UPSR dikaji

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memantapkan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi membolehkan ia juga diambil kira setanding dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika pelajar memohon memasuki Tingkatan Satu sekolah menengah kebangsaan agama milik kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-51 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, semalam. “Kita mahu menjadikan peperiksaan UPKK sebagai kayu ukur untuk pelajar memasuki Tingkatan Satu ke sekolah menengah kebangsaan agama yang akan dinilai bersama keputusan UPSR. “Selama ini keputusan UPKK hanya menjadi sebahagian kecil daripada penilaian untuk memasuki sekolah menengah agama dan dengan cara memperkasa UPKK, ia akan memberi motivasi kepada pelajar supaya turut menumpukan kepada pengajian Kafa (Kelas al-Quran dan Fardu Ain) kerana mereka tahu keputusannya akan mempengaruhi peluang mereka memasuki sekolah menengah agama,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, peperiksaan UPKK akan menjadi pendorong kepada pelajar yang minat memasuki sekolah menengah kebangsaan agama supaya turut menumpukan kepada kurikulum kelas Kafa. Katanya, perkara itu dibentangkan kepada majlis agama setiap negeri yang berkuasa terhadap hal-ehwal agama di negeri masing-masing sebelum dapat dilaksana. “Kita berharap langkah memperkemaskan UPKK itu akan dapat dilaksanakan secara seragam selepas mendapat persetujuan setiap negeri,” katanya. Selain itu, katanya, turut dibincangkan mengenai langkah menyeragamkan logo halal menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972 yang dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan. Beliau berkata, kertas cadangan penyeragaman logo halal itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan kerana kuasa mengeluarkan taraf halal terletak pada bidang kuasa Sultan di negeri-negeri.

Selamat Hari Guru

Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Selamat Hari Guru.