AYAT GERAK

Tanggungjawab lahirkan generasi berjaya





BALING : Guru Kelas Fardu Ain dan al-Quran (Kafa) diminta memperkasakan pendidikan agama kepada kanak-kanak kerana mereka bertanggungjawab membentuk asas dan hala tuju masa depan golongan itu.Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abd Azeez Abd Rahim, berkata guru Kafa memegang tanggungjawab besar kerana asuhan mereka dalam bidang agama sekarang akan membentuk golongan muda pada masa depan.Justeru, katanya, tanggungjawab berkenaan perlu dipikul bersungguh-sungguh supaya kanak-kanak diasuh dibekalkan dengan ilmu agama mencukupi sekali gus menghasilkan insan baik pada masa depan."Usaha bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab yang diberi itu akan menentukan anak zaman sekarang dibekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya dan melahirkan generasi berjaya pada masa depan."Ibu bapa pula perlu memberi kerjasama dan menghantar anak ke kelas Kafa supaya mereka dapat menimba ilmu agama dengan secukupnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan guru Kafa daerah Baling di Masjid Pulai, di sini, semalam.Abdul Azeez berkata, bentuk hala tuju golongan muda pada masa depan adalah berdasarkan pendidikan agama yang diterima ketika mereka masih kanak-kanak."Justeru, kita tidak mahu anak bangsa tercicir dalam pendidikan agama kerana ia adalah teras dan hala tuju masa depan yang boleh menghindarkan mereka daripada gejala yang tidak sihat," katanya.Mengenai program sukan pada waktu malam yang dicadangkan Kementerian Belia dan Sukan, Abdul Azeez berkata, kementreian mempunyai agenda ke arah kebaikan dan apa yang dilakukan oleh Menterinya, Datuk Azalina Othman Said, mempunyai misi yang baik .Katanya, dengan kerjasama semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), polis dan kementerian, gejala mat rempit mungkin boleh dibendung.