www.edu.iluvislam.com Oleh Sumilah Marto PROFESION perguruan pada era mencabar ini tidak semudah seperti anggapan kebanyakan orang – kerjanya mudah, separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara. Justeru, kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara, khususnya kegagalan guru itu sendiri. Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak. Ia kerana masalah sosial wujud selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Firman Allah bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebagai sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah ar-Rum, ayat 41) Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan membentuk akhlak mulia. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia." (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim). Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi). Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar. Kehadiran alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia, amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat. Ia bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda, malah mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka. Pendidikan tidak dibatasi dengan meletakkan guru sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mesti mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat. Kandungan maklumat pula mesti mampu membangunkan sahsiah. Aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mesti dalam konteks guru sebagai model contoh yang memberikan imej teladan. Pembentukan ciri seseorang guru yang amat berkesan perlu ditekankan. Ia boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu: l Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan Guru mesti seorang yang berwawasan dan menyintai pekerjaannya. Mereka perlu bersikap positif dan yakin dalam apa yang dilakukan, di samping sabar menerima kenyataan biarpun pahit untuk ditelan. Guru hendaklah membimbing dan menunjuk ajar bukan saja anak didik, malah rakan sejawat. # Ciri mengajar memberikan hasil. Guru perlu menerapkan aspek 'dengannya' (with-it-ness) dalam apa juga yang dibuat atau muridnya mesti buat. Mereka juga perlu mempunyai gaya tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya dan undang-undang. Guru juga perlu memiliki kepakaran memotivasi dan berkesan dalam penyampaian pengajaran serta pembelajaran. # Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri. Guru perlu suka membaca dan mempunyai mental life segar, berkembang serta bersifat self-actualization dengan minda yang sihat serta terbuka. Melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh, di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak. Sungguhpun masyarakat menyedari pentingnya tanggungjawab guru, tugas mendidik sepenuhnya dalam konteks pendidikan sepanjang hayat amat tidak wajar diserahkan 100 peratus pada guru. Selain komitmen yang dituntut daripada guru, ibu bapa, ahli masyarakat dan pihak kepemimpinan pada semua peringkat sewajarnya berganding bahu bagi menghasilkan peribadi insan cemerlang. Ia bukan sekadar untuk kejayaan di dunia, malah akhirat. Tugas guru mulia dan disanjung tinggi kedudukannya dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka dia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu itu, pahalanya tidak kurang sedikit pun daripada pahala orang itu." (Hadis riwayat Ibn Majah) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: “Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.” INTI PATI # Kegagalan masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara. # Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. # Guru mesti berwawasan dan menyintai pekerjaannya. # Guru perlu memiliki kepakaran memotivasi dalam penyampaian pengajaran. Penulis Pensyarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
Peka kah kita?
"Kalau ada problem bagitau je. Insya Allah aku boleh tolong, kecuali duit". Itulah ungkapan yang sering kita gunakan terhadap teman-teman. Samada niat bergurau atau sememangnya bermaksud begitu hanya Allah yang mengetahuinya. Seolah-olah saling memahami, amat sukar untuk memohon bantuan kewangan daripada teman-teman. Budaya kita menjadikan kita merasakan bahawa masalah kewangan adalah masalah masing-masing dan seharusnya diselesaikan sendiri.
Terdapat berbagai keadaan manusia di sekeliling kita. Ada yang fakir samada bersifat meminta atau rela berdiam diri dan menderita. Ramai pula yang mencukupi seadanya. Ada pula yang sepatutnya mencukupi tetapi menderita kerana ingin meningkatkan kualiti diri seperti melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Segelintir pula ada yang berlebihan malah ada yang terlalu mewah. Indahnya hidup ini jika semua manusia memahami bahawa setiap kita saling melengkapi. Allah sengaja menguji dengan meletakkan sebahagian rezeki terletak di tangan mereka yang patut memberi. Dalam Surah Az-Zaariat ayat 19 Allah berfirman :
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُوم yang bermaksud; dan dalam harta milik mereka ada mengandungi hak bagi si miskin yang meminta dan yang mendiamkan diri.
Ketika mana musibah menimpa Arwah Ustaz Khairuddin, kita terkilan memikirkan bagaimana mungkin beliau terpaksa bekerja part time bagi menambah pendapatan. Namun hakikatnya, berapa kali kah kita pernah terfikir, mengambil tahu apatah lagi berusaha menyelesaikan masalah kewangan teman-teman. Jika tidak kerana kematian, tangkapan BPR dan sebagainya, masalah ini akan berterusan menjadi masalah peribadi. Semoga selepas ini ungkapan kita terhadap teman akan berubah menjadi ; " Kalau ada problem terutamanya kewangan, bagitau je. Insya Allah aku boleh tolong".
Abu Izzah At-Tualanji
http://ppuponline.blogspot.com/

SEJARAH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
SEJARAH AWAL
Negeri Perak ialah sebuah negeri yang dimasukkan ke dalam apa yang dipanggil oleh Kerajaan Penjajah British, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau “Federated Malay State” yang ditubuhkan dalam tahun 1896. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak mulai zaman itu hinggalah sekarang ini bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak adalah menjadi Ketua Agama dan Adat Melayu dalam negeri ini, yang mempunyai kuasa penuh.
PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA
Mengenai Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam dalam negeri Perak ini tidaklah dapat diketahui dengan jelasnya bilakah ianya mula disusun dengan cara-cara yang berperaturan. Ini mungkin disebabkan oleh fahaman hati-hati orang Islam pada zaman itu bahawa masalah Agama adalah tanggungjawab individu, dengan itu tidaklah lagi memerlukan sebarang peraturan.
UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN
Setakat yang dapat diketahui bahawa Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan yang dikarang oleh Penghulu Teja Tuan Syed Yunus b. Syed Alwi.
Atau dalam bahasa Inggerisnya “Ninety Nine Laws Of Perak” adalah undang-undang yang tertua sekali dalam negeri ini mengenai Hal Ehwal Agama, tarikh tepat dikuatkuasakan undang-undang ini tidak dapat diketahui, cuma kuatkuasa undang-undang ini telah berjalan hingga ke tahun 1900 apabila ianya diganti dengan suatu undang-undang lain iaitu bab FMS 197. Tidak juga diketahui bentuk pentadbiran agama Islam ketika itu.
Walau bagaimanapun menurut cerita-cerita mulut yang layak dipercayai bahawa Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan itu telah ada semenjak pemerintahan AlMarhum Sultan Idris Mursidil A’azam Shah 1887-1916. Baginda jugalah yang dipercayai telah melantik Tuan Haji Wan Muhammad b. Wan Hussin sebagai guru agama baginda, tetapi tuan ini disebut juga sebagai Mufti. Bolehlah dikira bahawa inilah Mufti Perak yang pertama secara tidak rasmi atau tidak dirasmikan. Tuan ini hidup hingga ke zaman pemerintahan anakanda baginda iaitu AlMarhum Sultan Alang Iskandar 1918-1938.
UNDANG-UNDANG BAB 197 FMS
Pada tahun 1900 dikuatkuasakan satu undang-undang yang dinamakan: Undang-Undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 FMS. Dengan itu, didirikan sebuah bangunan sebagai pejabat bertempat di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar yang dinamakan Pejabat itu dengan nama: Balai Syara’, di mana ditempatkan di sana seorang Kadi Besar, yang mengetuai beberapa orang Kadi Wilayah. Wilayah Kadi pada masa itu ialah Tanjong Malim, Tapah, Teluk Intan, Batu Gajah, Ipoh, Sitiawan, Taiping ,Simpang Lima, Kuala Kangsar, Selama, Lenggong dan Parit. Dikalangan orang-orang Melayu pada masa itu perkataan Kadi Besar kurang diketahui umum kerana panggilan Chief Kadi lebih popular. Orang-orang yang mula-mula memegang jawatan Kadi Besar dalam Negeri Perak ini ialah Tuan Habib Abdullah.
Dalam urusan pengajaran agama ditubuhkan “Komiti Quran Perak” pada tahun 1917. Pengerusi yang pertama ialah Al Marhum Sultan Iskandar yang waktu itu Raja Bendahara Perak.
Fungsi Komiti Quran adalah juga “Komiti Syariah Negeri Perak” Tanggungjawab komiti ini sangat luas meliputi segala bidang pentadbiran Agama Islam pada zaman itu termasuklah kebenaran penerbitan buku agama, tarikh mengajar dan sebagainya.
PERJUMPAAN ALIM ULAMA’ PERAK
Pada pertengahan tahun 1947 ketika kehangatan tanahair kita dengan Perjuangan Nasionalis Melayu menentang Malayan Union masih sangat dirasakan , muncullah beberapa banyak pertubuhan, persatuan dan sebagainya. Di antara yang paling di Negeri Perak ini ialah Persatuan Melayu Perak yang kemudiannya diekori dengan satu perjumpaan Alim Ulama’ secara besar-besaran bertempat di Madrasah Iskandariah Kuala Kangsar pada 10 Ogos, 1974 dengan tujuan untuk menyatukan seluruh tenaga dan kekuatan Alim Ulama’ dalam negeri ini.
Dalam Hal Ehwal Agama perjumpaan ini sangat penting kerana inilah pertama kalinya satu idea dikeluarkan meminta Kerajaan menubuhkan sebuah jabatan mengenai Hal Ehwal Agama Islam khasnya di dalam Negeri Perak ini dan amnya seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Di antara tokoh yang patut dikenang di dalam perjumpaan itu ialah Encik Ali Zaini(sekarang Dato’ Seri Ali Zaini, bekas Speaker Negeri Perak) yang pada perjumpaan itu ialah peserta paling muda dan paling berkebolehan mengeluarkan pendapat. Beliaulah yang mula-mula sekali mengeluarkan idea tersebut.
AWAL MUHARRAM 1369/23/10.1949
Pada tahun 1949 Undang-Undang Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak diluluskan. Mengambil sempena dengan tarikh 1hb Muharram 1369 Hijrah bersamaan dengan tarikh 23hb 10.1949 Kerajaan Negeri Perak telah mewujudkan sebuah Pusat Agama yang dinamakan seperti nama sekarang ini “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak” dengan pejabatnya yang pertama di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak.
Dengan penubuhan ini Majlis dan Jabatan pada tahun 1949 iaaitu Pejabat Mufti, Pejabat Quran dan Pejabat Kadi Besar (Balai Syara’) yang semuanya berada di Kuala Kangsar dipindah dan disatukan di Ipoh. Balai Syara’ di Kuala Kangsar digantikan dengan nama “Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar”.
Dengan penubuhan itu juga mansuhlah Komiti Quran. Perjalanan sekolah Quran bertukar corak. Ia tidak lagi diajar sebelah petang tetapi dimasukkan ke dalam Sekolah Melayu sebelah pagi dan Pelajaran Quran hanya sebagai salah satu daripada Mata Pelajaran Agama Islam yang diajar. Urusan Pelajaran Agama Islam pada masa itu dikendalikan oleh seorang Nazir dan 3 orang Penolong Kanannya yang bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua dan Setiausaha. Kemudiannya Pelajaran Agama di sekolah-sekolah rendah ini di ambil alih pula oleh Kementerian Pelajaran.
Komiti Syariah berubah bentuk sedikit demi sedikit. Kalau dulu Pengerusi Komiti dipegang oleh salah seorang Orang Besar Negeri kemudian digantikan dengan siapa yang memegang jawatan kadi Besar dan Mufti sebagai penasihat. Sehinggalah sekarang ini Mufti menjadi Pengerusi dan Komiti Syariah digelar Jawatan Kuasa Syariah.
Sebagai kesimpulan ketika penubuhan 1949 itu hal-hal yang dikendalikan oleh Majlis dan Jabatan bolehlah dibahagi kepada Unit di bawah ini dengan Ketua masing-masing:-
i) Bahagian Fatwa diketuai oleh Mufti
ii) Kadi Besar mengetuai Kadi-Kadi Wilayah
iii) Bahagian Pelajaran diketuai oleh Nazir
iv) Bahagian Am diketuai oleh Kerani Besar
Pada 10 Ogos 1947, satu perjumpaan Alim Ulama seluruh Negeri Perak di Kuala Kangsar telah menghasilkan satu “Resolusi” mengenai pentingnya di tubuhkan sebuah Majlis Agama Islam di Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Organisasi Pentadbiran Agama Islam mula diwujudkan dan dikenali sebgai “Balai Syarak” bertempat di Kuala Kangsar. Pada 2 Ogos 1949, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak di tubuhkan dan disusuli dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada 23 Oktober 1949 yang bertujuan untuk menasihati dan membantu Sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Undang-undang Majlis ini telah diluluskan pada 1 Mei 1952.
Mengikut Enakmen Undang-undang di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1982, suatu perbadanan bernama “Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak” ditubuhkan (sebelum ini ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Undang-undang Pentadbiran Ugama 1965) dan menjadi suatu badan yang kekal turun-temurun.
SEJARAH PENEMPATAN BANGUNAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
Pada tahun 1949 Pejabat Jabatan Agama Islam Perak terletak di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Kemudiannya berpindah ke sebuah bunglow yg. kemudiannya menjadi Pejabat Tanah Ipoh. Setelah itu Kerajaan Negeri Perak telah membina bangunan khas untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak di Jalan Kelab iaitu di tapak quarters yang musnah dibom tentera Jepun yang sekarang ini terletak Wisma Wan Mohammad. Bangunan tersebut lebih dikenali dengan nama “Bangunan Cermin”

Subscribe to:
Posts (Atom)